Who's Online

We have 11 guests online
YOU perlu RM6.2j pulihara orang utan PDF Print E-mail
Oleh Nurhayati Abllah
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

Dayang Nurfaizah jadi duta promosi yayasan

TAIPING: Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YOU) memerlukan dana RM6.2 juta bagi membangunkan dan melaksanakan program pemulihan, penyelidikan dan pembiakan orang utan secara 'ex-situ' di Pulau Orang Utan, Bukit Merah di sini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YOU, Prof Emeritus Datuk Abdul Latiff Mohamad, berkata yayasan itu memerlukan dana untuk membangunkan lebih banyak kemudahan selain membantu mengembangkan populasi orang utan.

"Serentak usaha itu, yayasan melancarkan sebuah laman web 'www.orangutanisland.org.my' yang mempunyai maklumat terperinci berhubung kehidupan orang utan, kajian saintifik mengenainya, selain usaha dan program yang dijalankan YOU.

"Melalui laman web itu, orang ramai dapat mengetahui secara jelas mengenai habitat orang utan, selain membantu menghulurkan sebarang bantuan untuk mengekalkan spesies primat itu," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, kelmarin.

Majlis pelancaran laman web berkenaan dilakukan serentak dengan pelancaran YOU, pelancaran logo dan piagam YOU dan pelantikan Duta Perlindungan dan Pengekalan Alam Semulajadi.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YOU yang juga Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suboh Mohd Yassin.

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah dipilih sebagai dutanya, sekali gus bertanggungjawab mempromosikan YOU untuk menimbulkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan kesinambungan hayat spesies flora dan fauna melalui seni.

"Kita turut melantik 20 panel penasihat terdiri daripada pakar dalam bidang akademik, veterinar, perhutanan, wakil kerajaan, penyelidik spesies orang utan dan pengurusan pembiakan orang utan untuk bagi melaksanakan program yang dirancang.

"Simposium Pemuliharaan bertaraf antarabangsa juga akan diadakan pada 10 dan 11 Mac ini di Bukit Merah,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090225085941/Article/index_html